Annyeonghaseyo
kadang-kadang, aku rasa diri sendiri memang tidak berguna. suka pada orang yang salah, benci pada orang yang salah. aku rasa hendak marah, marah pada diri sendiri kerana menjadi manusia paling bodoh. tapi, macam orang kata, semua manusia melakukan kesalahan tidak kira kecil atau besar. ya, itulah fitrah manusia.
kadang-kadang, aku rasa macam aku berada di tempat yang sempit, sunyi dan kosong. aku terfikir, adakah aku patut keluar daripada semua ini? adakah aku patut berpura-pura menjadi orang lain atau aku tetap menjadi diri sendiri? aku ingin terbang, terbang bebas ke angkasa. memerhati gelagat manusia yang jahil lagi dhaif.
kadang-kadang, aku rasa aku sakit, aku lemah tanpa dia. tapi wajarkah aku untuk simpan perasaan ini pada orang yang salah? patutkah aku bersakit kerana dia? aku masih ada orang lain yang menyayangi aku. aku masih ada ibu, ayah, kawan-kawan, dan orang sekeliling aku masih menyokong aku dari belakang ketika aku ingin jatuh.
kadang-kadang, aku rasa macam dah berputus asa. tapi, demi cita-cita, aku akan berusaha. jalan hidupku masih panjang dan aku tidak tahu apa yang akan menjelma di hadapan. jadi, aku sediakan senjata untuk menhadapi semua itu. ketakutan juga tidak akan menjatuhkan aku.
kadang-kadang, aku ingin menyalahkan takdir kerana hidupku seperti ini. tapi, aku masih lagi fikir akan orang lain yang mungkin nasibnya lebih teruk dari aku. dan mulai sekarang, aku tidak boleh menyalahkan takdir. namun, inilah yang dianamakn Realiti Kehidupan. tersurat lagi tersirat sudahpun ditulis. ditentukan oleh Dia yang Maha Satu lagi Maha Berkuasa. Allah s.w.t