dia dah berubah

Annyeonghaseyo


yeayy ! tadi Fatin Amira, kawan sekelas aku yang pindah tu datang. sekolah dia cuti hari ni sempena hari Anugerah Cemerlang. aku pun tak tahu lah apa yang cemerlang sangat tu hahaha


Fatin duduk depan aku, Ain dengan Anis tadi. story mory pasal sekolah baru yang dicop kluster tu. sebenarnya aku jeles ni jeles. tapi sekolah aku lebih kluster ouh. don't play play laa pengetua sini lagi hebakkk kot


punya la sibuk cerita pasal sekolah baru, Ain menyampuk tanya pasalsorang kawan ni. senang cerita aku bagi nama D lah. singkatan dari perkataan Darling, muahahaha


Anis pulak datang mencelah tanya, kelakuan dia macam mana, rapat ke tidak dengan Fatin dan what so ever semua tu

Fatin cakap D tu dah tak rapat dengan dia, asyik marah marah and tengking dia. Fatin sendiri pun tak tahu apa masalah dia kan. emosi tak bertempat. ye la, kalau nak marah pun suara tu jangan lebih pada speaker depan orang pun idak boleh tau hmph


yaa, serius aku cakap. D aku tu memang dah berubah. yalah, duduk sini sebelum pergi sana janji bagai. insyaAllah tak berubah, nak bawak bumi maahad pergi sana tapi tup tup bumi maahad mati awal dari apa yang aku jangka


sosial dah semakin meningkat. dating sana merayap sini, tapi shhh itu je yang boleh bagitau. aku tak boleh nak dedah keburukan orang dan aku jugak kena sangka baik


mungkin D tu pergi sana sini sebab ada kerja. yelah, kerja macam buat folio ramai ramai gitu kannn haaa, pergi temu ramah sesiapa ka atau apa apa saja lah yang boleh masuk dek akal


walau macam mana pun perangai D, walau macam mana pun D berubah, D tetap kawan aku. kawan dunia akhirat insyaAllah



Farewell