Keep Moving.

Peace be upon you, Earthlings.



Hatchumm *sedut hingus* Emm I think I got flu. Kehulu kehilir tengah hujan, drive moto tengah hujan, balik sekolah tengah hujan, pergi sekolah balik tengah hujan. Err that's why lah kot aku dapat flu ni. Ergh sungguh tidak selesa. Kepala terasa makin berat, badan pula semakin letih.

Boleh tak aku nak baring sepetang ni atas katil? Suhu bilik aku pun seakan sudah melebihi tahap pasang penghawa dingin. Kedua belah kaki terasa beku, begitu juga dengan tangan serta jejari runcingku ini. Sudah kehilangan seri atau dalam pendek kata, pucat.

Hingus bermain-main di hidung. Acap kali aku menghapusnya tetapi tetap juga dia berdegil. Aku pasrah pasrah! Ah, biarkan. Mungkin dengan ini cara Tuhan ingin menghapuskan dosa-dosaku. Hm

Di sekolah, majlis sempena sambutan hari raya berjalan dengan lancar. Malangnya kelasku yang menjadi dapur untuk orang-orang rajin itu memasak. Aku? Aku hanya duduk di atas kerusi guru dengan menongkat dagu sambil memerhatikan gelagat manusia di hadapanku yang tak pernah letih bergelak ketawa. Selamba. Malas. Ergh

Makanan? Mohon jangan tanya. Mewah. Sungguh mewah. Satay, Ais-krim, Cendol, Nasi ayam, Soto, Air oren bancuh, Ketupat, Lemang dan ect. Mewah bukan? Sungguhku tidak larat untuk menghabiskan semua itu. Laksa juga aku jamah hanya separuh. Bukan tak sedap tapi perutku waktu itu tidak berapa selesa. Meragam. Eh

Bahagian yang paling aku sebal waktu dalam surau sekolah. Ada kanak-kanak separa matang buat kacau. Kecoh! Siapa lagi kalau bukan budak-budak senior yang masih separa matang itu. Meluat. Benci. Mood aku mati. Mohon abang-abang pergi mati -,- Eh terlupa pula nak cakap, semua orang comel dan handsome tadi. Tambah-tambah crush aku. Macam orang nak berakad nikah. Lol

Sejuk. Lapar. Nak panaskan pizza semalam. Kbai

Farewell