Peace be upon you.

Ya Allah. Kenapa kebelakangan ni emosi aku mudah tersentuh? Rasa sedih. Rasa macam nak menangis. Kalau boleh tu sehari suntuk aku nak menangis. Tapi serius, banyak mana pun rasa sedih tu datang aku tetap dah tak boleh menitiskan air mata.
Aku letih. Ya aku cuma mampu menulis. Dan sesungguhnya aku tak pandai untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Aku sudah tak mampu untuk bertahan. Kaki aku sudah tidak mampu lagi untuk berdiri sendiri. Aku perlukan seseorang. Mungkin seorang sahabat yang boleh membimbing aku, yang boleh memberi semangat untuk aku ataupun boleh memotivasikan aku. Mana tahu suatu hari nanti akan ada orang tersenyum dengan kebangkitanku. Mungkin?
Aku berdoa, berdoa dan berdoa. Meminta pertolongan darinya. Mengharapkan yang terbaik untuk diriku dan orang sekelilingku. Tidak putus-putus aku meminta dariNya. Aku tahu. Aku tahu hanya Dia yang aku ada waktu aku lemah. Sewaktu tiada sesiapa untuk aku meminta tolong.
Kadang-kadang, aku rasa aku tidak berguna. Apakah patut saja aku lenyap dari dunia ini? Tidak. Dalam kesamaran, aku tahu ada orang masih mengharapkan aku. Ibu dan ayahku. Aku tahu mereka mementingkan aku. Aku tahu itu.
Aku juga berdoa agar suatu hari nanti aku ditakdirkan dengan jodoh yang baik-baik. Seseorang yang boleh menjadi imamku dalam solat, ayah kepada anak-anakku kelak, dan suami yang baik yang boleh membimbing aku ke syurga. InsyaAllah. Allah itu maha segalanya :")
Farewell.
Percayalah. Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita.