Amazing Days.

Peace be upon you folks.



Alhamdulillah. Hari rabu yang lepas, bertarikh 23 Febuari 2013 ayah aku telah selamat terbang ke Makkah untuk mengerjakan umrah. May Allah bless him and his journey. Amen.

So, hari yang sama iaitu malam khamis tu aku dan ibu pun bertolak ke Penang dengan makcik dan pakcik serta anak perempuan chubby mereka yang bernama Tasya gediks. Uhm lebih kurang macam holiday tapi bukan maksud holiday sebenar. Just macam ke Penang ni nak melepaskan rindu dekat maklong yang lama tak jumpa. Berapa tahun agak agak?

Daripada duduk saja dekat rumah flat yang bising akibat terlalu dekat sangat dengan highway tu kan, paklong decide nak bawak pergi jenjalan makan angin Penang yang dikatakan masin! Kerana dikelilingi laut kan. Haha. Cerita sebenarnya, ha dia ada cerita sendiri tau.

Paklong aku ni ada anak lelaki. Umur lebih kurang sama dengan aku la. Lebih spesifikasinya lagi, sepupu aku yang digelar 'Haiwan'. Nampak sangat kejahatan di situ menggelar sepupu sendiri 'Haiwan'. Tak nama sebenar beliau is Syazwan so Wan macam bila aku cakap hai mesti diikuti wan. So lekat lah haiwan. Ahak ahak.

Wan tu manja dengan aku actually. Bukan manja tapi g-e-d-i-k nak mampus. Rasa macam nak tolak dia dari flat yang tingginya 27 tingkat tu. Gedik dia tu sampai aku tak terlayan. Bodoh. Dengan sepupu sendiri pun nak layan macam makwe bagai. Tapi okay lah kan. Rindu katanya. Tu je madah dia nak bermanja dengan aku sepanjang keberadaan aku dekat rumah dia.

Then bila abang Wan ni balik, yang tua dua tahun dari kami bermula lah perang dingin antara adik dan abang. Eceh. Nak berebut aku punya pasal. Kahkah. Katanya la. Tahu? Bila aku nampak abang Hafiz ni aku terus peh cair habis beb hati aku ni. Makin handsome. Handsome nak mampus. Gila.

Dalam 2-3 hari tu, kami ada la jenjalan makin angin kat beberapa tempat seperti Penang hill atau nama spesifiknya Bukit Bendera. Then, kami ke Batu Feringghi and so on. Agak letih tapi gempak. Dan aku ada jugak story mory bergosip dengan wan.



































Nah. There we go. Tapi sayangnya abang Hafiz tak ada lagi waktu ni. Lepas kami sampai rumah baru dia sampai. Hm sadlife. Tak boleh nak bergambar dengan dia. Rela dalam paksa lah gamaknya aku ni. Haha. Banyak lagi gambar sebenarnya. Tak upload sebab lambat sangat. Lagipun saiz gambar ni terlampau besar nanti mungkin akan memberatkan load blog aku ni so ini lah antara gambar gambar yang sempat diambil oleh beberapa orang photographer yang tak bergaji dan tak bertauliah.

Semua ada dalam gambar tu. Aku, ibu, makcik, pakcik, tasya, paklong, maklong, wan, kak eija, kak ilah, kak anas, abang ewan, akim and si kecik berbaju merah tu ellisya liyana. Comel kan? Tapi muka dia tak tahan. Serius 24jam tau. So till then.


Farewell.