Camp Gelugor.

Peace be upon you.


Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan dan nikmat islam.

Semalam, aku baru sampai rumah dari tapak kem gelugor. Penat ya Allah jangan cakap dan jangan tanya. Memang penat nak mampus. Bayangkan, bayangkan waktu sampai dekat Perik tu, kena jalan lagi 3km panjat bukit turun bukit untuk sampai ke tapak kem tersebut.

Bayangkanlah dengan beg kain baju semua dekat tangan waktu jalan tu. Penat gila. Perjalanan 3km yang sepatutnya mengambil masa hanya 30 minit jadi 1jam lebih disebabkan terlalu overload dengan beg baju yang berjenis jenis. Hanger baju la apa bala semua tu. Penat sangat.


Sampai saja dekat tapak kem tu, terus aktiviti bermula. Tak ada rehat mandi bersantai and etc. Peluh ke penat ke letih ke nak mati dah pun kena jugak start aktiviti. Lagipun masa terhad waktu tu. Nak masuk maghrib dah pun kan. Tapak kem tu memang best. Ada sungai. Dalam hutan ni. Penuh dengan kegelapan sekeliling. Haa. Part sungai tu je la yang best pun.


Dalam kem ni, denda memang kerap. Tau denda macam mana? Uish denda dia memang zuhud gila. Kena duduk separuh selama setengah jam! Gila kan? Kaki ni jangan cakap la. Duduk saja pun sakit apatah lagi berdiri and berjalan?! Tuhan yang maha tahu.


So kem tu berjalan dengan lancar. Macam biasa mesti ada orang yang akan jatuh sakit macam err ehem ain dengan anis yang ponteng kelas hari ni. Aku tak tanya pulak sebab saja saja ataupun tak siap kerja sekolah. Okay kita husnudzhon sikit. Dia orang berdua sakit. Haa


Malam kebudayaan part paling best gempak. Group kamal dgn muhammad tu dia punya persembahan drama tu paling mantap. Pandai reka jalan cerita dan ada sedikit part yang geli geli. Haha. Singkatannya aku memang terhibur. Tak kering gusi. Perut aku waktu tu memang nak pecah dah rasanya sebab terlampau banyak sangat gelak. Wahida kat sebelah aku jadi mangsa tamparan. Kahkah


Dan Fahmi macam biasa, menunjukkan perangai ketidak matangan beliau. Tepuk tangan pun macam budak budak. Hm memang attention seeker atau singkatannya gimmick.


Petang sabtu bertolak balik ke sekolah and semalam waktu maghrib tu baru aku sampai rumah. Dan bila keluar dari tapak kem tu, terpaksalah lagi berjalan 3km dengan muatan yang berat di tangan dan di belakang. Tapi kan, untung la waktu tu ada dua tiga orang yang baik budi pekertinya ni (ammar, zulhafiz, dan rahim) nak tolong bawakkan beg baju aku. Haha. Terasa diri ini disayangi :p At first tu nak je aku suruh muzakkir dgn kamal angkut sebab barang dia orang berdua semua dicampak masuk dalam hilux atikah. Tapi beruntung jugak diri ini.


Semalam lagi aku terfikir nak update blog. Disebabkan aku terlampau penat sangat so dibatalkan niat tu. Hm hari ni terciptalah entri untuk semalam. Pengalaman yang bermakna.


Farewell.