Challenges

Peace be upon you, folks.




Ssup.


Menguap.


Letih gila. Letih jadi student ni. Bukan letih apa, letih fikiran, letih mental. Zzz macam kena torture. It's like there is a war in my head and my mind like it's gonna blow up soon.


Eleh sembang omputeh pulak dia.


Tak suka? Bye bye.


Em malas la nak belajar. Tidur lagi bagus. Tak pun, kahwin je terus. Couple couple ni buat maksiat je banyak. Ha, kerja pun okay jugak apa. Cari duit. At least ada jugak pendapatan.


Tapi awak, ini lah yang orang panggil cabaran. Cabaran dalam mematangkan fikiran. Cabaran dalam mengawal stress yang mungkin dah lama bersarang dalam pale otak. Challenges. Bukan hidup namanya kalau tak ada cabaran, kan?


Aku study bagai nak rak. Esok pagi masuk dewan exam blur. Macam budak baru lahir tak tahu apa apa. Bengong kejap.


Tampar pipi.


Jangan mengalah. Belum pun lagi berusaha, dah mengalah. Macam berperang la. Baru tengok medan perang, dah patah balik. Sebab nampak ramai yang syahid ke cemana?


Awak. Syahid tu ganjaran dia syurga. Macam la belajar ni pun.


Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.

Hadis Riwayat Abu Daud




Ha.


Cemana? Malas lagi ke?


Maaf. Kalau ada salah, harap betulkan. Kita sama sama manusia.


Kunyah cadbury.