Kisah Si Ljoe.

Peace be upon you.

http://24.media.tumblr.com/ef253d9139f4416b2203d3cea1acee0f/tumblr_mi964kvopC1qajr03o1_500.gif 


Hai. Lama aku tak update blog ni. Dah berhabuk. So cerita awalnya aku busy. Yeah busy memanjang. Homework jangan cakap lah. Bersepah. Tak campur lagi kerja kerja yang selebihnya tu. Kepala aku pun sakit kerap ni. Tak tau nak buat macam mana dah. Majalah sekolah dah satu hal. Tertangguh. Lappy masuk virus la, pendrive jadi shortcut la. Macam mana aku tak sakit kepala. Nak menangis pun ada.

Ha. kenapa dengan Si Ljoe? Hahahahahahahaha ceritanya sungguh tak lawak. Dua tiga minggu lepas, aku tukar password lappy aku. Dari KAY ke Ljoe. Masalahnya bila kawan kawan sekelas aku nak guna tak boleh so dia orang akan tanya password dulu. Bila dengar aku cakap Ljoe semua serta merta jadi blur. Tengah berperang saraf dengan otak mungkin.

Dia orang tanya balik Ljoe tu menatang apa. Aku tak jawab terus. Aku buat buat tak dengar. Dalam hati cakap nak password ke nak buat soal jawab ni. Dia orang paksa aku jawab so aku pun start lah syarahan aku yang agak panjang berjela. Start dari mukadimah, disertakan dengan isi dan diakhiri dengan kesimpulan. Eceh. Macam buat karangan ye dak? Hahaha.

And.. Sampai sekarang dia orang gelar lappy aku sebagai Ljoe. Tambah tambah si Hidayah yang duduk row kedua barisan ketiga tepi tingkap dalam kelas aku tu. Sekali dengan aku lekat Ljoe. Eh bangga jap. Hahahaha. Mana taknya, aku orang first kot yang digelar dengan nama korea ni. Eceh. Oh lupa. Pendrive aku nama KYO. Ehe. Sempena nama gelaran somebody yang tetiba aku TERcrush dekat dia. Ehem.

Sampai sekarang kay. Sampai sekarang dia orang gelar aku Ljoe. Bukan senang senang nak dapat gelaran ni tau. Dia orang mungkin tak tau yang aku ni penggemar Si Ljoe yang comel tu. Ahaks. Mana mana aku pergi mesti orang cakap,

"Wei Khai, bawak Ljoe tak?"

"Khai, mana Ljoe? Aku ada something nak buat ni"

"Wei, Ljoe dengan Kyo mana? Tak bawak?"

So, tu je. Pada asalnya memang tak lawak tapi aku saja saja nak bagi lawak. Macam ada sense of humour gitu. Oh gif Ljoe kat atas tu comel ;*



Farewell.