Favourite

Peace be upon you.




Eh hi. Kita berjumpa lagi. Err macam biasa. Gambar atas tu gambar curi


Eh rajin pulak aku update blog kan? Em biasa la budak comel macam aku. Suka buang masa dengan benda yang tak ada faedah berbanding study untuk spm. Shh pasni jangan mention spm depan aku. Karang tangan makan dia.


So, apa favourite aku?


Favourite aku lelaki yang handsome macam Izzue Islam tu je bye.


Bukan. Bukan yang tu. Maksud aku, favourite blog. Atau kata nama lain jenis blog yang aku suka. Dengan blog pun kena pilih kasih tau. Bukan dalam masyarakat je boleh.


So, apa jenis blog yang aku suka?


Aku suka blog pink!


Eh tu kau je. Aku tak suka blog pink. Terutama sekali keseluruhan blog tu warna pink. Ergh rasa macam nak hentuk kepala kat dinding laju laju ko tahu. Kenyataan yang aku buat ni bukan bermakna aku benci atau anti dengan pink. Taste perempuan atau lebih gewdiks lagi gegurlzzz memang lumrah rasanya suka dengan warna pink. Kata mereka warna pink tu comel gitu. Tapi aku tak bye.


Ni penting. Take note uols.


Aku seorang yang mementingkan kekemasan blog. Tak kira la guna blogskin ka, guna template biasa ka. Apa yang penting kekemasan. Kekemasan mencerminkan betapa kemasnya peribadi kita. Jangan jangan dan jangan letak widget apa bala dalam blog sampai bersepah dan berat nak loading! *hentak meja


Furthermore, aku suka, adore, in love dengan blog yang simple ((merujuk kepada blog aku sendiri)) ((self proclaim)). Tahu kenapa aku suka blog yang simple? Ha. Sebab dia kemas la. Lagi satu, tak la berat sangat nak loading. Bagi aku, simple is perfect. Simple itu sempurna.


So, kesimpulannya di sini, kena berhati hati dengan blog anda. Blog anda mencerminkan peribadi anda *hulur cermin


Kalau aku berpuas hati dengan blog seseorang tu, aku akan stalk blog seseorang tu setiap hari. Serious talk ni kay. Dan kemudian perasaan cemburu tu datang secara tiba tiba dan fikir "cantiknya blog dia. cantik sangat dan wow memang cantik ah. aku suka" *bookmark


Sample blog yang aku suka here here here here here. Sangat simple kan?






Kalgae.